SALAM PENGAKAP

Selamat datang ke laman blog Pengakap Daerah Kudat. Diharap kepada semua ahli-ahli Pengakap di daerah khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti terkini serta menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi diantara ahli-ahli pengakapyang berada di Daerah Kudat. Kami amat mengalu-alukan para ahli Pengakap Daerah Kudat melayari blog Pengakap Daerah Kudat ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
Sekiranya terdapat berita dan aktiviti, anda boleh sampaikan melalui email ppmcskudat@gmail.com

"Persaudaraan Melalui Web"

KATA-KATA ALUAN PESURUHJAYA

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Pengakap!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua ahli pengakap di Negeri Sabah untuk berkunjung ke Daerah Kudat. Kunjungan saudara-saudara ke Kudat akan mengeratkan lagi persaudaraan pengakap seperti yang dikehendaki oleh intisari Pengakap.
Lawatan kumpulan Pengakap dari luar Daerah Kudat ke Kudat akan mengalakkan pelancongan dalaman. aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang ekonomi melalui perbelanjaan tempatan.
Disamping saudara-saudari Pengakap dapat melancong dalam Daerah Kudat, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kudat bersedia menawarkan beberapa perkhidmatan kepengakapan dan pelancongan. Antaranya, perkhidmatan Pemimpin bertauliah, aktiviti air, aktiviti tali, aktiviti kecergasan, dan lain-lain lagi. Jadikanlah kunjungan anda ke Daerah Kudat sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"PENGAKAP SELALU BERSEDIA"

Shah Nasier @ Stiphen Bin Maruson
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat

AKTIVITI AKAN DATANG

Pendaftaran Tahun 2011
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH KUDAT

ALAMAT PERHUBUNGAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH KUDAT
THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA SABAH BRANCH KUDAT DISTRICT
W.D.T. 76, 89058, KUDAT, SABAH.

EMAIL :ppmcskudat@gmail.com

BLOG : http://pengakapkudat.blogspot.com/

LAMAN WEB : http://www.ppmcskudat.net/

MAJLIS PENGAKAP DAERAH KUDAT SESI 2009-2010

Pengerusi : En. Sebastian Lim Chee San
Timbalan Pengerusi I : En. Nordin Bin Hj. Awang Besar
Timbalan Pengerusi II : En. Shah Nasier Bin Maruson
Setiausaha Kehormat I : Belum dilantik
Setiausaha Kehormat II : Belum Dilantik
Bendahari Kehormat : Belum Dilantik
Juru Audit : Belum Dilantik
Ahli Jawatankuasa *Belum Dilantik*
5 orang ahli pengakap daerah Kudat
5 orang ahli Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Kudat
10 orang ahli lantikan daripada Pengerusi.

MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH KUDAT

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat
En. Shah Nasier @ Stiphen Bin Maruson

Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat

Pentadbiran - En. Mohd. Alizan Bin Hj. Alias
Latihan Dan Program - En. So Sui Gum
Unit Kelana & Marin - En. Abdul Ghani Bin Siara
Unit Muda Dan Remaja - En. Mohd. Nurun Bin Ambosakka
Unit Kanak-Kanak - En. Soffiandy Bin Saidie
Kewangan - En. Maikal Bin Hj. Silal
Istiadat Dan Protokol - En. Mohd. Zaideel Bin Abdullah
Teknologi Dan Multimedia - (Kosong)
Logistik Dan Infrastruktur - Haris Bin Hj. Aprain
Kerohanian Dan Keagamaan - En. Haszaidi Bin Hassan
Hal Ehwal Wanita - Cik Intan Bte Ulah
Korporat - En. Markus Kong
Tugas-Tugas Khas - En. Juneard Bin Monuring
Kebajikan - Cik Geogiana Bte Luhong

.::Blog Rasmi Pengakap Daerah Kudat::. . Rekabentuk oleh PPMCSKUDAT | Entries (RSS) and Comments (RSS).