SALAM PENGAKAP

Selamat datang ke laman blog Pengakap Daerah Kudat. Diharap kepada semua ahli-ahli Pengakap di daerah khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti terkini serta menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi diantara ahli-ahli pengakapyang berada di Daerah Kudat. Kami amat mengalu-alukan para ahli Pengakap Daerah Kudat melayari blog Pengakap Daerah Kudat ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.
Sekiranya terdapat berita dan aktiviti, anda boleh sampaikan melalui email ppmcskudat@gmail.com

"Persaudaraan Melalui Web"

KATA-KATA ALUAN PESURUHJAYA

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Pengakap!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua ahli pengakap di Negeri Sabah untuk berkunjung ke Daerah Kudat. Kunjungan saudara-saudara ke Kudat akan mengeratkan lagi persaudaraan pengakap seperti yang dikehendaki oleh intisari Pengakap.
Lawatan kumpulan Pengakap dari luar Daerah Kudat ke Kudat akan mengalakkan pelancongan dalaman. aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang ekonomi melalui perbelanjaan tempatan.
Disamping saudara-saudari Pengakap dapat melancong dalam Daerah Kudat, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kudat bersedia menawarkan beberapa perkhidmatan kepengakapan dan pelancongan. Antaranya, perkhidmatan Pemimpin bertauliah, aktiviti air, aktiviti tali, aktiviti kecergasan, dan lain-lain lagi. Jadikanlah kunjungan anda ke Daerah Kudat sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"PENGAKAP SELALU BERSEDIA"

Shah Nasier @ Stiphen Bin Maruson
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat

AKTIVITI AKAN DATANG

Pendaftaran Tahun 2011
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH KUDAT

ALAMAT PERHUBUNGAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH KUDAT
THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA SABAH BRANCH KUDAT DISTRICT
W.D.T. 76, 89058, KUDAT, SABAH.

EMAIL :ppmcskudat@gmail.com

BLOG : http://pengakapkudat.blogspot.com/

LAMAN WEB : http://www.ppmcskudat.net/

MAJLIS PENGAKAP DAERAH KUDAT SESI 2009-2010

Pengerusi : En. Sebastian Lim Chee San
Timbalan Pengerusi I : En. Nordin Bin Hj. Awang Besar
Timbalan Pengerusi II : En. Shah Nasier Bin Maruson
Setiausaha Kehormat I : Belum dilantik
Setiausaha Kehormat II : Belum Dilantik
Bendahari Kehormat : Belum Dilantik
Juru Audit : Belum Dilantik
Ahli Jawatankuasa *Belum Dilantik*
5 orang ahli pengakap daerah Kudat
5 orang ahli Majlis Pemimpin Pengakap Daerah Kudat
10 orang ahli lantikan daripada Pengerusi.

MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH KUDAT

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat
En. Shah Nasier @ Stiphen Bin Maruson

Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat

Pentadbiran - En. Mohd. Alizan Bin Hj. Alias
Latihan Dan Program - En. So Sui Gum
Unit Kelana & Marin - En. Abdul Ghani Bin Siara
Unit Muda Dan Remaja - En. Mohd. Nurun Bin Ambosakka
Unit Kanak-Kanak - En. Soffiandy Bin Saidie
Kewangan - En. Maikal Bin Hj. Silal
Istiadat Dan Protokol - En. Mohd. Zaideel Bin Abdullah
Teknologi Dan Multimedia - (Kosong)
Logistik Dan Infrastruktur - Haris Bin Hj. Aprain
Kerohanian Dan Keagamaan - En. Haszaidi Bin Hassan
Hal Ehwal Wanita - Cik Intan Bte Ulah
Korporat - En. Markus Kong
Tugas-Tugas Khas - En. Juneard Bin Monuring
Kebajikan - Cik Geogiana Bte Luhong

Pemergian seorang Pemimpin Pengakap yang dikasihi......

Tanggal 31 Mei 2011 merupakan satu tarikh yang akan sentiasa diingati oleh semua warga Pengakap atas Pemergian seorang insan yang bernama ZAINUDDIN BIN HJ MOHD. ONON amat dirasai oleh semua warga Pengakap di negeri Sabah khususnya di Daerah Kudat. Lebih mesra dikenali dengan Skipper Zainuddin oleh semua anak-anak didiknya semasa berpengakap, beliau bergiat aktif sebagai seorang ahli pengakap di Daerah Kudat sehingga menjawat jawatan tertinggi di Daerah Kudat sebagai Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kudat (DC). Sepanjang menjawat jawatan DC Daerah Kudat, banyak perubahan yang berjaya dilakukan sehingga nama Daerah Kudat dikenali di seluruh negeri Sabah mahupun di seluruh negara. Skipper Zainuddin banyak menyumbangkan ilmu kepengakapan dari segi  kemahiran, jati diri, fizikal, rohani dan banyak lagi sehingga melahirkan ramai pemimpin-pemimpin yang menjadi pemimpim pelapis di masa sekarang.

Ucapan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah :
Pemergian Saudara ku Zainuddin Hj Mohd Onon ke Rahmatullah hari ini 31hb.Mei,2011,merupakan satu kehilangan besar kepada warga pengakap di seluruh Sabah. Aku sendiri kehilangan Penolong yang sentiasa taat, setia dan sentiasa membantu dalam apa jua tugasan yang di berikan kepada nya. Setiap kursus, setiap perkhemahan dan Jambori negeri, kebangsaan dan antara bangsa Allahyarham sentiasa bersama kita malah menyumbangkan koleksi pemeran pengakap nya untuk tetapan semua pengakap. Jasa bakti yang disumbangkan amat susah dicari, jika di bandingkan dengan pemimpin lain.Kursus terakhir yang dibantu nya ialah kursus manikayu yang diadakan di Rumah BP bulan mar lalu, walau pun sudah dalam keadaan sakit Zainuddin masih giat membantu menjayakan kursus tersebut. Kali terakhir aku menemui Saudara ku Zainiddin di Hospita Kudat pada bulan april lalu. Melihat keadaan nya pada masa itu aku tak dapat menahan perasaan sedih, dia memeluk ku sambil menangis hiba atas kedatangan ku. Rupa nya itu lah pertemuan kami yang terakhir. Selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah dan mewakili keseluruhan warga pengakap di seluruh Sabah mengucapkan Takziah kepada isteri dan seluruh keluarga Allahyarham, semoga sentiasa bersabar dan meredaai pemergian nya. Sememang nya kami juga merasai kehilangan seorang pemimpin Agung dalam kepengakapan di Negeri Sabah. Jasa dan bakti kepada warga pengakap Sabah itu lah juga sebagai Ibadah nya kehaderat ALLAH swt. Jasa dan Pengorbanan nya tetap terpahat dalam sejarah Pengakap Sabah. Bersama kita doakan agar Roh nya sentiasa di rahmati ALLAH, di ampunkan Dosa2 nya dan di tempatkan di sisi hamba2 Solihin. Amin.
(Sumber:http://www.facebook.com/notes/awang-zaini-suntim/pemergian-seorang-sahabatsaudara-pengakap-yang-di-kasihi/206525549384373?ref=notif&notif_t=note_reply)

Doa Rasulullah (saw) untuk yang telah meninggal dunia

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:

Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan l...indungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

====
Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.
 
_________________________________________________________________________________
::Ya Allah, ampunilah Skipper Zainuddin, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya::
>>>Takziah buat semua keluarga Skipper Zainuddin atas pemergiannya ke rahmatullah......
>>>Al-Fatihah.....

0 comments:

.::Blog Rasmi Pengakap Daerah Kudat::. . Rekabentuk oleh PPMCSKUDAT | Entries (RSS) and Comments (RSS).