APA KATA LORD BADEN POWELL TENTANG PERKHEMAHAN
Posted on 9:48 PM
|
Labels:
Apa Kata BP
Pekhemah yang paling ulung di dunia ialah Lord Baden Powell, iaitu Pengasas Pengakap Sedunia yang menganjurkan Perkhemahan sebagai satu kegiatan wajib.
Lord Baden Powell berkata kepada Pengakap Kanak-kanak “ Di sepanjang zaman, manusia telah menjelajah tempat-tempat dan perkara-perkara yang belum diketahui, merintis jejak dan denai (trails) baru, meredah rimba belantara, merentas gurun-gurun panas, menakluki kemuncak-kemuncak gunung yang tinggi menyapu awam, mengharungi samudera yang tidak bertepi untuk sampai ke tempat yang belum pernah dijelajahi oleh manusia sebelumnya. Ia terpaksa membawa bersamanya segala apa yang diperlukan untuk kelangsungan ikhtiar hidup (survival). Bila kamu pergi berkhemah, selayak seorang penjelajah dan Frontiersman, kamu akan membawa bersama kamu segala keperluan dan belajar beriktihar untuk hidup (survive).
Dalam kesoronakan hidup di perkhemahan anda akan membuat atau mengamalkan semua perkara yang telah kamu pelajari semasa di perhimpunan Pek(pack), tetapi kali ini sungguh-sungguh (For real!).
Kamu akan menjaga diri kamu di dalam luas, memasak makanan untuk diri kamu dan kawan-kawan kamu. Di sana akan diadakan permainan-permainan di kem dan keseronokan menyanyi-nyanyi merdu di sekeliling unggun api menjelang malam. Di luar kem terdapat padang, rimba, lurah, bukit dan belukar untuk dijelajahi, dengan hike ke tempat-tempat yang baru kepada kamu.
Kembara (adventure) dalam kehidupan di alam luas bermula sebaik sahaja kepala kamu menjengul ke dalam khemah pada malam pertama, di bawah lembayung langit beribu bintang dan berlantaikan bumi yang hangat enak. Kamu akan mendengar kanvas khemah kamu berdesir lembut dipuput bayu dan mendengar aneka bunyi dan suara alam sekeliling kamu. Belajarlah berkhemah dengan baik semasa kamu masih kanak-kanak, kerana semasa kamu Berpengakap nanti kamu akan menerokai lebih jauh. Di sana nanti akan menunggu perkhemahan-perkhemahan ‘hike’, perkhemahan bercanoe (tidur bermalaman di pinggir kali) dan perkhemahan backwoods ( tanpa menggunakan kanvas – khemah diperbuat daripada bahan alam semulajadi sahaja).
Dengan merantau keluar negeri anda akan menemui pengakap-pengakap negeri asing dan belajar bagaimana perkhemahan mereka diubahsuaikan dengan keadaan negeri mereka dan anda mungkin berpeluang menyertai Jambori-jambori Pengakap Sedunia di mana puluhan ribu Pengakap berhimpun untuk berkhamah bersama, berkenalan, berseronok dan berkembara bersama”. Read More......

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
Posted on 9:39 PM
|
Labels:
Sejarah
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Read More......

TENTATIF SUMMER CAMP ORIENTEERING 2009
Posted on 8:47 PM
|
Labels:
Summer Camp 'Orienteering'
Hari Pertama
8.00 – 11.30 am - Pendaftaran peserta dan AJK
2.00 – 4.00 pm - Persediaan dan mendirikan khemah
4.00 – 4.30 pm - minum petang dan solat Asar
4.30 – 6.30 pm - sesi ‘ice breaking’
6.30 – 8.00 pm - Persiapan Diri / Solat Maghrib / Makan Malam / Solat Isyak
8.00 – 9.00 pm - Taklimat perjalanan program ‘Summer Camp’ “Orienteering”
9.00 – 10.00 pm - Pengenalan orienteering
10.00 – 10.30 pm - minum malam
10.30 – 11.30 pm - Pengenalan kompas dan peta
11.30 – 12.00 pm - Mesyuarat AJK pelaksana
12.00 pm - Tidur
Hari kedua
5.00 – 7.00 am - Bangun Pagi / Solat Subuh / Senaman / Sarapan Pagi
7.00 – 8.00 am - Istiadat pagi dan pemeriksaan pagi
8.00 – 9.00 am - pengenalan Pertandingan orienteering
9.00 – 10.00 am - Bengkel Peta, Kompas dan Pertandingan Orienteering (ADK)
10.00 – 10.30 am - rehat dan minum pagi
10.30 – 12.30 pm - Pengenalan peta daerah dan bandar kudat
12.30 – 2.00 pm - makan tengahari dan solat Zuhur
2.00 – 4.00 pm - Pertandingan Orieentering
4.00 – 4.30 pm - Solat Asar dan minum petang
4.30 – 6.30 pm - Merancang malam kebudayaan
6.30 – 8.00 pm - Persiapan Diri / Solat Maghrib / Makan Malam / Solat isyak
8.00 – 11.00 pm - Malam Kebudayaan
11.00 – 11.30 pm - Minum malam
11.30 – 12.00 pm - Mesyuarat AJK Pelaksana
12.30 pm - Tidur
Hari Ketiga
5.00 – 6.00 am - Bangun pagi/ Solat Subuh/senaman
6.00 – 8.00 am - Pertandingan Debris (kitar semula)
8.00 – 9.00 am - Istiadat Pagi dan Pemeriksaan Pagi/ Sarapan Pagi
9.00 – 10.00 am - Raptai Majlis Perasmian Penutupan
10.00 – 10.30 am - Menurunkan khemah dan membersihkan tapak Khemah
10.30 – 11.30 am - Majlis Perasmian Penutupan
11.30 – 12.00 pm - Istiadat menurunkan bendera
12.00 pm - Sayonara Read More......

PENGEMBARAAN KE SELURUH PELUSUK SABAH
Posted on 2:13 AM
|
Labels:
Pengembaraan
SABAH TIMES, RABU, 7 JANUARI 1987—MENGEMBARA HAMPIR KE SELURUH PELUSUK SABAH. Mengisi masa lapang dengan ke seluruh Sabah telah menjadi kenyataan kepada dua orang pengakap dari Kudat. Pengembaraan yang meliputi 14 daerah memakam masa 10 hari. Pengembara itu ialah En. Ibrahim Hj. Yunus (Lepih dikenali Skipper APA di daerah Kudat) dan Mohd Razali hj. Abd. Razak. Mereka memulakan pengembaraan itu dari daerah Kudat pada 7 Dis 1986 dan berakhir di Kota Kinabalu pada 17 Dis 1986. Antara tempat yang mereka singgah ialah daerah Tamparuli, Taman Negara Kinabalu, Daerah Ranau, Daerah Telupid, Ulu Dusun Simpang 32 Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Sook, Daerah Keningau, Daerah Tambunan, Dan berakhir di Kota Kinabalu.
Mereka menamakan pengembaraan itu sebagai ‘Ekspedisi Tahan Lasak Mengelilingi Negeri Sabah’ Read More......
ASAL-USUL MANIKAYU
Posted on 2:47 AM
|
Labels:
Manikayu
Apabila Gilwell Park dibeli untuk pergerakan Pengakap pada tahun 1919 dan latihan formal diadakan, BP rasa setiap pemimpin yang tamat dengan setiap kursus latihan patut menerima sesuatu sebagai pengiktirafan. Pada mulanya, BP ingin sesuatu hiasan yang dipakai pada topi Pengakap tetapi pada akhirnya memilih dua ‘bead’ yang kecil bergantung di topi Pengakap atau lubang butang kot yang digelar Manikayu (Wood Badge). ‘Bead’ bergantung di topi Pengakap akhirnya diganti dengan tali kulit dan digantung di leher sehingga hari ini.
Manikayu pertama adalah diperbuat daripada biji manik yang dimiliki dan dikalung di leher Ketua Zulu bernama Dinizulu. BP berjumpa Dinizulu pada tahun 1888. Dalam sesuatu pejumpaan, leher Dinizulu dikalung dengan rantai yang sepanjang 12 kaki yang mempunyai lebih kurang 1000 biji manik.
Apabila BP mencari sesuatu tanda untuk pemimpin yang tamat menjalankan kursus di Gilwell park, BP teringat rantai leher Dinizulu yang dihadiahkan kepadanya. BP mengambil dua ‘bead’ yang kecil dan membuat satu lubang kecil di tengah ‘bead’ dan bergantung dengan tali kulit. Inilah asalnya bagaimana manikayu telah wujud.
Pada mulanya, manikayu adalah diperbuat dari ‘bead’ rantai leher Dinizulu. Dengan cepatnya pembekalan menjadi tidak mencukupi. Dengan itu, apabila seseorang pemimpin tamat latihan, ia akan diberi satu ‘bead’ yang asal dan satu bead lagi kena dibuat sendiri dengan mengunakan kayu yang didapati di Gilwell Park. Read More......
MAJLIS PENYERAHAN BUKU TANDATANGAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN, MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PESURUHJAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Posted on 11:21 PM
|
Labels:
Majlis 3 dalam 1
Pendaftaran 2
Posted on 7:19 PM
|
Labels:
Pendaftaran
Ahli Pengakap perlu mendaftar kerana :-
1. membolehkan kita memakai sebarang bentuk logo pengakap;
2. memberi perlindungan insuran kepada ahli Pengakap semasa acara Pengakap Kebangsaan dan antarabangsa.
3. membolehkan ahli menyertai acara Pengakap peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
*Yuran bagi pengakap kanak-kanak, Muda, Remaja adalah RM 3.00.
Manakala bagi ahli dewasa pula RM 5.00 setiap tahun.
Pendaftaran perlu diperbaharui setiap tahun. Read More......

STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT KUMPULAN (INFO)
Posted on 7:17 PM
|
Labels:
Info
MAJLIS KETUA PATROL
1. Penasihat (Pemimpin)
2. Pengerusi (Troop Leader)
3. Setiausaha (dilantik dikalangan Ketua-Ketua Patrol)
4. Bendahari (Dilantik dikalangan Ketua-Ketua Patrol)
5. Ahli-ahli (Ketua-Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol)
JAWATANKUASA MAJLIS KUMPULAN
1. Penasihat (Pengetua/Guru Besar)
2. Pemimpin Kumpulan
3. Pemimpin Unit
4. Penolong-Penolong Pemimpin mengikut Unit
*Biasanya sekolah Menengah mempunyai 2 orang pemimpin yang menguruskan unit yang berbeza iaitu Pengakap Muda dan Remaja. Manakala sekolah rendah Pengakap Kanak-Kanak dan Muda.
JAWATANKUASA PENGAKAP PERINGKAT KUMPULAN
1. Kuasa Penganjur (Pengetua/Guru Besar)
2. Setiausaha (Pemimpin/Ketua Penasihat Pengakap)
3. Bendahari ( Dilantik dikalangan Penolong Pemimpin)
4. AJK
- Pemimpin-pemimpin unit
- Penolong-Penolong Pemimpin
- Pengerusi PIBG
- Ketua Kampung
- Tokoh-tokoh tempatan
- Ibubapa yang berminat Read More......

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Posted on 11:08 AM
|
Labels:
Selamat Hari Raya

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kudat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Read More......
HORMAT PENGAKAP (INFO)
Posted on 2:47 PM
|
Labels:
Info
Hormat Pengakap dilakukan apabila:
• Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.
• Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
• Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
• Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
• Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
Cara Hormat Pengakap
Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.
Makna Hormat Pengakap
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:
• Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
• Menolong orang pada setiap masa
• Menurut Undang-undang Pengakap.
Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.
Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan. Read More......

SUMMER CAMP 'ORIENTEERING'
Posted on 2:47 PM
|
Labels:
Summer Camp 'Orienteering'
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Daerah Kudat dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Daerah Kudat serta Pejabat Pelajaran Daerah Kudat sekali lagi akan menganjurkan satu lagi aktiviti iaitu Summer Camp 'Orienteering' Peringkat Pantai Barat Utara pada 27 November 2009 Hingga 29 November 2009 bertempat di Kawasan Lapang, Luar Pusat Sukan daerah Kudat. Melalui program sebegini, ahli-ahli akan dapat meningkatkan ilmu dalam berpengakap terutama dalam menambah ilmu dalam bidang pembacaan peta, membaca kompas, penganggaran dan sebagainya. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sangat penting di mana kita mempunyai pengetahuan luas dalam menunjuk arah sesuatu kawasan. Selain itu, program ini juga dapat membentuk konsep kendiri ahli-ahli pengakap dalam usaha untuk menjayakan program ini di mana semangat bekerjasama, bertoleransi di antara satu dengan yang lain, ketabahan dari segi mental dan fizikal serta pelbagai dugaan lagi yang akan ditempuhi. Melalui program ini juga akan dapat melahirkan ahli-ahli pengakap yang berpotensi untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang. Tambahan lagi, program ini terdiri daripada para pelajar yang sepatutnya mengamalkan cara hidup yang kreatif, inovatif dan aktif seterusnya cemerlang dari segi akademik disamping dapat melatih pelajar meningkatkan jati diri bukan sahaja menempuh tempoh pengajian tetapi selepas menamatkan pengajian dan yang penting ialah bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani agar mampu menyumbang kepada masyarakat dan Negara. Usaha Persatuan Pengakap Kudat ini juga adalah untuk memperkenalkan daerah kudat sebagai salah satu daerah yang mempunyai satu kawasan yang menarik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi disamping memperkenalkan Daerah kudat sebagai salah satu industri pelancongan berdasarkan aktiviti luar/ rekreasi. Hal ini kerana penganjuran Summer Camp ‘Orienteering’ ini merupakan Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) dengan menjemput Persatuan Pengakap yang berada di Bahagian PBU. Sasaran utama kem ini adalah ahli-ahli pengakap Daerah Kudat dan Peringkat Pantai Barat Utara serta terbuka kepada Persatuan Belia Di Daerah Kudat dan Bahagian Pantai Barat Utara ( Yang Berdaftar dengan ROS). Semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan telus dan diharapkan agar program ini juga berjaya dijalankan dengan lancar dan tanpa halangan yang boleh menyebabkan program ini tertangguh. Bersama-samalah kita berdoa dan memohon kepada Tuhan yang Maha Esa untuk memberi keberkatan dan keizinan untuk menjayakan program ini.
Read More......
MAJLIS 3 DALAM 1
Posted on 10:37 PM
|
Labels:
Majlis 3 dalam 1
Nantikan laporan Majlis 3 dalam 1 iaitu Penyerahan Buku Program Menandatangan Sempena Hari Kemerdekaan, Majlis Penyerahan Tugas dan Majlis Berbuka Puasa
Read More......
Subscribe to:
Posts (Atom)